Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalalullail bertitah, sudah tiba masanya mereka berusaha untuk mencari pasaran di seluruh dunia selari dengan perkembangan ekonomi dalam era globalisasi.

“Sebaiknya berusaha untuk menggabungkan kelebihan de­ngan negara lain supaya dapat menjadikan ia sebagai satu ke­kuatan untuk menembusi pasaran antarabangsa yang lebih luas,” titah baginda semasa merasmikan Program Demonstrasi dan Ujian Ke Atas Produk Melawan Kebakaran jenama Mercury M1 di Ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, di sini semalam.

Yang turut hadir Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim dan Presiden RWLink Bio Mercury Sdn. Bhd., Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalul­lail.

Sebelum itu, baginda berke­nan mendengar taklimat berhubung produk melawan kebakaran Mercury M1 yang me­nggunakan bahan semula jadi iaitu tumbuh-tumbuhan se­kaligus menjadikan ia sebagai produk mesra alam.

Pada majlis berkenaan juga diadakan demonstrasi menggunakan Mercury M1 seperti memadam kayu api, sofa dan kusyen kereta.