Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, larangan itu adalah sebahagian daripada usaha me­ngurangkan penggunaan bahan yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar kerana sukar diurai atau dikitar semula.

“Pihak pengurusan universiti telah menetapkan hukuman denda RM300 bagi kesalahan tersebut yang akan dimulakan pada 1 Januari 2019,” jelas ba­ginda yang juga Canselor Unimap.

Baginda menyatakan perkara itu selepas berkenan berangkat mengetuai delegasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unimap melawat kilang barang kemas eksklusif jenama Gassan Diamonds, di Amsterdam, Belanda baru-baru ini.

Berangkat sama anakanda kedua baginda, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail. Yang turut hadir Naib Canselor, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Mohd. Fo’ad Sakdan.

Sementara itu, Naib Canselor Unimap menyatakan, kempen larangan polistirena sudah lama dilakukan di universiti tersebut, lebih-lebih lagi ia selari dengan hasrat Raja Muda Perlis selaku Canselor Unimap sendiri.

Beliau berkata, selain polistirena dan straw plastik, Unimap juga giat melaksanakan beberapa amalan lestari lain, termasuk mengurangkan penggunaan plas­tik pakai buang, pembahagian sampah sarap kepada ka­tegorinya yang tersendiri untuk dikitar semula serta pengasingan sisa makanan di kafeteria untuk dijadikan kompos.

“Selain itu, Unimap juga menggalakkan mahasiswa membawa bekas makanan sendiri sewaktu membeli bagi tujuan mereka mendapat hanga yang lebih murah berbanding biasa,” katanya.

“Semoga dengan amalan-amalan kecil ini, warga Unimap dan pihak yang berurusan de­ngan universiti ini akan menjadi lebih peka terhadap tanggungjawab bagi menjaga khazanah alam sekitar yang diamanahkan kepada kita semua,” tegasnya.