"Kita telah tetapkan tarikh baharu, namun lokasi tidak berubah kerana kawasan tersebut telah kering dan diharapkan pesta angin timur dapat dijalankan dengan sempurna," katanya kepada pemberita selepas program Multaqa Pendakwah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Mes Pegawai Kanan PDRM dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, setiap atur cara juga akan dijalankan seperti yang dirancang sebelum pesta itu ditunda berikutan tapak lokasi penganjuran dilanda hujan dan menyebabkan tanah menjadi lecak.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan pesta anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis bagi kali keenam sejak 2011.

Pesta Angin Timur merupakan satu program yang cukup dinanti-nantikan oleh penduduk di negeri ini selain menjadi produk pelancongan di Perlis. - BERNAMA