Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, Kenya adalah negara paling ramai kerana menghantar 99 peserta berbanding negara lain.

“Kita tidak menyangka Perlis Marathon 2015 yang julung kali diadakan pada tahun ini mendapat sambutan luar biasa,” katanya di sini baru-baru ini.

Perlis Marathon 2015 yang diadakan sempena Ulang tahun Keputeraan Raja Perlis Ke-72 dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan penaja utama, Naza Automotif.

Naza telah bermurah hati menyumbang sebuah kereta Kia Cerato KX 1.6 bernilai RM100,000 sebagai hadiah utama dalam cabutan bertuah untuk peserta larian yang bermula di Kompleks Tuanku Syed Putra Sukan di sini hari ini.

Azlan telah menerima kereta bagi pihak menganjur daripada Ketua Pegawai Operasi (COO) Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd., Roslan Abdul Ghani.

Azlan berkata, pertandingan itu yang dibahagikan kepada tiga iaitu jarak sejauh lima kilometer (km), 10 km dan 21 km, menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 dan juga medal.

Beliau berkata, ia melibatkan kategori lelaki dan wanita, lelaki dan wanita veteran serta remaja lelaki dan perempuan di bawah 18 tahun.