Pertandingan yang julung-julung kali diadakan di negeri ini itu melibatkan penyertaan seramai 36 orang peserta terdiri daripada ahli kelab dan keluarga.

Ia merupakan edisi ketiga pertandingan itu diadakan di zon utara dengan sebelum ini dijalankan di Kedah pada 2016 dan diikuti Pulau Pinang (2017).

Menurut wakil Kelab Perlis Livinian, Iswadi Efendi Ismail, pertandingan itu diadakan bagi merapatkan hubungan sesama ahli yang berkongsi kenderaan sama.

Katanya, sebanyak empat kelab kenderaan itu terlibat iaitu Koperasi Pemilik Livina Kedah Berhad (Klcoop), Penang Livinian (PLC), Kelab Livina Manjong (KLM) dan Kelab Ipoh Livinian (ILC).

"Menerusi cara ini (sukan), kami dapat berkumpul, berkenalan dan membantu sesama sendiri sekiranya berlaku kecemasan di mana-mana," katanya ketika ditemui selepas tamat pertandingan tersebut.

Dalam pertandingan melibatkan sebanyak sembilan kumpulan itu, Kumpulan Perlis Livinian muncul juara pertandingan diikuti tempat kedua, Klcoop (b) dan ILC (ketiga).

Bagi kategori individu pula dimenangi oleh Haizal Othman (Psl) di tempat pertama dan diikuti tempat kedua, Ahmad Rahim (Psl). - UTUSAN ONLINE