Mohd. Nazim Mohd. Noor
Mohd. Nazim Mohd. Noor

Sehubungan itu, MAIPs turut serta dalam pameran sempena Bengkel Harumanis 2017 di Dewan Seri Semarak di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis di sini hari untuk memberikan penerangan dengan lebih jelas kepada pengusaha harumanis yang hadir mengenai zakat tanaman ini.

Bengkel ini dianjurkan oleh Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM), MARDI, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perlis, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan FAMA.

Yang turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Presiden PAUPM, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor seterusnya berkata, ini membuka ruang kepada pengusaha harumanis untuk bertanya dengan lebih lanjut berhubung pengiraan zakat harumanis.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya pengusaha tanaman ini telah bersiap-sedia untuk mengeluarkan zakat jika mendapati diri mereka telah layak untuk berbuat demikian.

Mohd. Nazim berkata, zakat harumanis ini telah diputuskan dalam Mesyuarat MAIPs yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua telah memperakukan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Peris Kali Ke-14 pada 5 dan 6 Mei 2014 berkaitan zakat harumanis. - UTUSAN ONLINE