Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, bagi tujuan itu, pihaknya sedang memohon daripada kerajaan negeri untuk membina perumahan di bawah program Rumah Bina Negara (RBN).


Kata beliau, sebanyak 32 buah keluarga terlibat dan sehingga kini masih di kawasan tersebut.


“Kita sudah mengenal pasti kawasan seluas 3.2 hektar dan akan mohon daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk dibangunkan perumahan di situ,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan Ramadan Parlimen Padang Besar dan syarikat milikan Risda di sini hari ini.


Seramai 4,000 penerima terdiri daripada asnaf dan golongan miskin telah menerima sumbangan daripada agensi tersebut yang melibatkan lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). - UTUSAN ONLINE