Pengarah Integriti JPJ, Jamil Mohd. Dahalan berkata, berbanding sebelum ini, jawatan tersebut diisi oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Kata beliau, dengan pelantikan Shahrul Azhar Md. Dali itu, negeri ini menjadi perintis kepada pelantikan pegawai dalaman untuk menjawat jawatan pengarah negeri.

“Pelantikan ini (pengarah) telah melalui tapisan integriti dan ia (pelantikan dalaman) bakal dilaksanakan di negeri-negeri lain nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) JPJ negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Yaacop Angah dan Shahrul Azhar.

Jabatan tersebut merupakan JPJ negeri kelapan menyahut seruan SPRM untuk menandatangani IBR. - UTUSAN ONLINE