Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri, Shahidan Nordin berkata, sehubungan itu golongan pesawah perlu dibantu apatah lagi dalam keadaan kos pengeluaran yang telah meningkat sejak beberapa tahun lalu selain risiko penyakit dan cuaca yang tidak menentu.

Katanya, bantuan itu juga menunjukkan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membantu golongan pesawah.

"Jika golongan nelayan dibantu sebanyak RM200 setiap bulan, maka hasrat kerajaan itu (menaikkan elaun) membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap pesawah juga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan kerajaan untuk memberi kenaikan khas elaun kepada golongan pesawah di seluruh negara dalam usaha menghargai jasa dan sumbangan mereka.

Berita gembira itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Pelancaran Bantuan Khas Pesawah Peringkat Kebangsaan di Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Korok di Kedah, semalam. - UTUSAN ONLINE