Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MPK agensi pertama tandatangani Ikrar Bebas Rasuah di Perlis

MPK anti rasuah
KHAIRIN Nazry Karim mengetuai bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sambil diikuti oleh kakitangan berjawatan tetap dan kontrak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) pada majlis di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kangar, Perlis, hari ini. - UTUSAN ONLINE

KANGAR 20 April - Majlis Perbandaran Kangar (MPK) hari ini melancarkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) serta kempen tiada hadiah dan rasuah melibatkan seramai 259 kakitangan agensi itu yang bertaraf tetap dan kontrak.

Bacaan ikrar yang diadakan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini itu, diketuai Yang Dipertuanya, Khairin Nazry Karim.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Mat Hassan dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Yaacop Angah.

Berikutan itu, MPK merupakan agensi kerajaan negeri yang pertama menandatangani ikrar berkenaan sebagai tanda komitmen memerangi gejala tersebut.

Sebelum ini kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man sudah menandatangani IBR diikuti Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada semalam. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain