Mohd. Syukor yang sebelum ini merupakan Penolong Pesuruhjaya Jabatan Perisikan SPRM menggantikan  Yaacop Angah yang bersara wajib selepas 40 tahun bertugas di dalam agensi penguatkuasa tersebut.

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah
SPRM negeri yang disaksikan Pengarah Kanan Jabatan Perisikan SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya itu diadakan di pejabat SPRM negeri di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Syukor berkata, beliau akan menggunakan segala pengalaman yang ada bagi menjalankan tugas sebagai Pengarah SPRM negeri ini.

Katanya, beliau akan menyambung tugas Yaacop terutama dalam meneruskan pelbagai program seperti Ikrar Bebas Rasuah (IBR), meningkatkan kerjasama antara orang ramai dan SPRM serta pelbagai lagi usaha lain selepas ini.

"Fokus utama kita ialah untuk mendekati rakyat supaya mereka faham mengenai fungsi sebenar SPRM dalam membanteras jenayah rasuah.

“Tahun ini kita sudah merangka program yang sama agar masyarakat merasa lebih dekat dengan SPRM dan berani tampil ke hadapan bagi menyalur maklumat mengenai salah laku rasuah," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE