Begitu senario cuba diwujudkan di sebuah lokasi hutan simpan terletak di Sungai Batu Pahat di sini, sebagai tarikan orang ramai khususnya pelancong ke ne­geri paling utara di Semenanjung.

Menarik bukan? Yang pastinya kucing-kucing dilepaskan di situ sihat dan bebas penyakit.

Ini kerana kesemua kucing tersebut dijaga rapi oleh sebuah syarikat swasta, puluhan sukarelawan dan dengan sokongan penuh oleh kerajaan negeri.

Di situ juga nanti, sambil menikmati suasana tenang hutan, para pengunjung berpeluang menikmati makanan di sebuah kedai makan berkonsepkan Kafe Kucing.

Pada ketika ini, di lokasi bersebelahan Taman Ular dan Reptilia itu terdapat sebanyak lapan buah sangkar menempatkan ratusan kucing terbiar.

Jangan terkejut kerana di nege­ri inilah satu-satunya tempat yang membela kucing terbiar secara teratur.

Manakan tidak setiap ekor kucing di situ bukan sahaja diberi makan yang cukup de­ngan keperluan nutrisi­nya setiap hari tetapi juga kebersihan dan kesihatannya terjaga.

Ini termasuk penjagaan rawatan kecacingan, selesema, demam, kurap, hawar dan penyakit fungus.

Bagi memastikan tidak berlaku pembiakan luar kawalan, kucing jantan dan betina akan diasingkan.

Pada setiap hujung minggu, ramai sukarelawan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar akan datang untuk membantu membersihkan sangkar, memberi makan dan merawat haiwan itu.