Mayat mangsa, Epin Eden Lien ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian oleh penduduk yang melalui kawasan tersebut pada pukul 12.45 tengah hari.

Pasukan bomba dipanggil untuk membantu mengeluarkan mangsa yang berketurunan Siam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ghazani Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu yang disiasat mengikut kes mati mengejut. - UTUSAN ONLINE