Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Masjid pusat sebar maklumat banjir

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) dan Tuanku Hajah
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (kiri) dan Kamarudin Hussin (belakang, tengah) mendengar penjelasan Pensyarah Kanan PPK Mekatronik Unimap, Mohd. Hafiz Fazalul Rahiman mengenai sistem amaran awal banjir dibangunkan Unimap di Padang Besar, semalam.

PADANG BESAR 7 Mei - Bagi menangkis penyebaran maklumat palsu semasa banjir, sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Perlis (Unimap) telah mencipta satu sistem amaran awal yang boleh menyalurkan maklumat secara masa nyata (real time).

Sistem dikenali sebagai Masjid Sebagai Tumpuan Pemusatan Teknologi dan Pengurusan Bencana (MFordCT) itu dipercayai adalah yang pertama seumpamanya di negara ini menggabungkan maklumat bencana dengan masjid.

Menerusi sistem itu, ia diba­ngunkan dengan menghubungkan alat pengesan yang dile­takkan di sungai-sungai utama berisiko lalu dipancarkan ke masjid-masjid dalam jarak sekeliling 15 kilometer sebaik sahaja mengesan kenaikan paras air banjir.

Di masjid-masjid yang menerima maklumat tersebut pula akan dipasangkan sistem penggera dan papan kenyataan digital untuk menyalurkan dan memaparkan maklumat berkenaan.

Pengerusi Yayasan Unimap, Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, buat permulaan pihaknya akan memasang alat itu di beberapa buah masjid terpilih sebagai projek perintis.

Kata beliau, pihaknya sudah mengadakan perbincangan de­ngan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi tujuan pembiayaan projek itu.

“Setiap alat ini dianggarkan berharga tidak sampai RM5,000 yang akan kita pasang dalam masa terdekat. Alat ini direka cipta adalah untuk memberi maklumat awal kepada penduduk sebagai persiapan menghadapi sesuatu bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis pelancaran projek MFordCT di Kampus Alam Uniciti, Sungai Chuchuh di sini hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalul­lail berkenan menyempurnakan pelancaran majlis itu. Berkenan berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dalam pada itu, ketua penyelidik MFordCT, Dr. Mohd. Hafiz Fazalul Rahiman berkata, pihaknya mempunyai peranca­ngan masa depan untuk menggabungkan sistem tersebut dengan telefon bimbit.

“Ini bermakna, mereka yang mempunyai penyambungan Internet boleh mendapatkan maklumat tentang ahli keluarga di kampung semasa situasi banjir walaupun berada di luar Perlis.

“Apa yang perlu orang ramai lakukan adalah memuat turun aplikasi dalam Playstore dan mereka akan dibekalkan maklumat secara masa nyata melalui notifikasi,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain