Ahli Parlimen Kangar, Ir. Shaharuddin Ismail berkata, projek berkenaan adalah tambahan kepada projek yang sebelum ini turut membabitkan kos sebanyak RM20,000.

“Ia diharap dapat memudahkan para peniaga serta pengunjung pasar akan lebih selesa,” katanya ketika ditemui semasa melawat tapak pasar itu di sini hari ini.

Ahli Majlis Perbandaran Kangar, Lam Yit Thai mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kangar kerana segera meluluskan permohonan.

“Kami kaum Cina menyokong penuh kepimpinan Ahli Parlimen Kangar dan berharap beliau akan terus maju jaya untuk rakyat di Kangar,” katanya. - UTUSAN ONLINE