Berangkat sama ke majlis berkenaan, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Mereka yang dilantik itu ialah Nurulhisham Yaakob (Simpang Empat); Asmaiza Ahmad (Chuping); Azizan Sulaiman (Santan); Rozaini Rais (Beseri); Siti Berenee Yahya (Mata Ayer); Hamizan Hassan (Kayang); Roziena Ahmad (Pauh) dan Teh Chai Ann (Titi Tinggi).

Majlis istiadat mengisytiharkan perlantikan ahli Exco berkenaan berlangsung di Balai Menghadap, Istana Arau kira-kira pukul 11 pagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Pada 24 Mei lalu, Azlan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin di Balai Mengadap, Istana Arau.- UTUSAN ONLINE