Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat meninjau kawasan terlibat dan seterusnya menyerahkan sumbangan itu.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri turut menyampaikan sumbangan yang diwakili oleh Pengarahnya, Mohammad Hazam Ismail.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs turut bertitah menasihatkan supaya penduduk di kawasan terlibat memastikan sistem pendawaian elektrik berfungsi dengan baik dan dibuat penyelenggaraan sekurang-kurangnya lima tahun sekali.

Dalam kejadian pukul 9.10 malam itu, sebanyak empat buah rumah musnah terbakar, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin telah berkenan berangkat menyertai Program Kayuhan Kasih ‘Search and Serve’ anjuran JKM negeri sejauh 12 kilometer yang bermula dan berakhir di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Guar Syed Alwi di sini, semalam.

Pada majlis itu, baginda menyampaikan sumbangan kepada 114 orang golongan asnaf manakala JKM pula menyerahkan sumbangan kepada tiga buah rumah asnaf berupa kerusi roda, barangan keperluan dan bergotong-royong. - UTUSAN ONLINE