Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, sehubungan itu semua pihak perlu menjadikan insiden tersebut sebagai pengajaran dan supaya lebih siap siaga pada masa hadapan.

Demikian titah baginda MAIPs selepas Mesyuarat Ahli Majlis MAIPs, Sidang ke-2 bagi tahun 2019 yang dipengerusikan oleh baginda baru-baru ini.

Sementara itu MAIPs dalam kenyataan menyarankan agar semakan semula terhadap dasar-dasar Kerajaan berkaitan operasi kilang pengeluaran bahan toksik di negara ini perlu dilaksanakan kerana insiden sebegini boleh berulang lagi pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.



“Aspek ‘mesra alam’ juga hendaklah menjadi keutamaan dalam setiap tindakan dan langkah ketika menjana pembangunan negara,” katanya.



Dalam perkembangan lain di mesyuarat yang sama diadakan di Dewan Kulliyah MAIPs di Behor Temak, Kangar, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis yang baru, Tuan Azman Mohd Yusof diperkenankan lantikan oleh Tuanku Raja Perlis sebagai Ahli Majlis yang baharu dan beliau menerima surat pelantikan daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra.


Pada masa yang sama Tuan Azman akan turut memegang amanah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan MAIPs selain sebagai Ahli Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis dalam MAIPs.