Pada majlis tersebut, kira-kira 1,000 pek bubur lambuk yang diselitkan dengan iklan promosi zakat dan wakaf diagihkan kepada orang ramai di laluan-laluan utama di bandar ini yang bertujuan

meningkatkan kesedaran masyarakat kepada kewajipan zakat dan wakaf.

Terdahulu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs telah berkenan melancarkan program menyediakan bubur lambuk berkenaan.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd. Noor. - UTUSAN ONLINE