Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalul­lail bertitah, mereka terlibat akan dibantu menerusi agihan zakat MAIPs secara berperingkat.

“MAIPs merasa bertanggungjawab untuk membantu mereka bagi mengatasi masalah kewangan, sama ada di peringkat pengajian sekolah rendah, menengah mahupun di institusi pengajian tinggi.

“Oleh itu, tiada sebab mereka tercicir daripada menerima agi­han zakat kerana sebagai asnaf golongan ini berhak menerimanya,” titah baginda selepas berkenan menyerahkan sumbangan kecil MAIPs kepada masjid yang terletak di Pusat Kebudayaan Islam, Liga Muslim Brussels, Belgium baru-baru ini.

Baginda yang juga Cancelor Universiti Malaysia Perlis (Unimap) berada di Brussels menge­tuai program Jelajah Ilmu Unimap.

Berangkat sama anakanda kedua baginda, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Difahamkan, kerajaan Belgium membenarkan bangunan kompleks tersebut digunakan oleh masyarakat Islam selama 100 tahun. Terdapat lebih daripada 100 masjid di sekitar Brussels.

Kerajaan Belgium membiayai bayaran guru-guru agama bagi menjayakan kelas agama Islam selama dua jam seminggu.