Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Datuk Khairi Hassan berkata, perkara itu jelas tidak mencerminkan semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk.

Katanya, walau bagaimanapun kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk melarang perkara itu dilaksanakan.

“Namun kita berharap bukan muslim semasa menggunakan perkhidmatan itu tidak membawa masuk haiwan peliharaan seperti anjing demi menjaga sensitiviti orang Islam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sebuah pusat dobi di bandar ini yang turtu dikesan mengkhususkan perkhidmatan tersebut hanya untuk orang muslim sahaja.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Khaw Hock Kong ketika dihubungi berpendapat, konsep pengasingan premis antara kaum tidak menggalakkan perpaduan.

“Saya bimbang selepas ini, akan wujud perkhidmatan yang mengasingkan kaum-kaum tertentu dan sudah tentu tidak baik untuk perpaduan kaum,” katanya. - UTUSAN ONLINE