Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kerja naik taraf 
ICQS akan dimulakan

Penambahbaikan siap dalam masa setahun lagi

AZLAN MAN  (kanan) menjawab soalan pada persidangan Dewan Undangan
AZLAN MAN (kanan) menjawab soalan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks DUN Mini Putrajaya Perlis semalam. Persidangan kali ini akan berlangsung selama dua hari.. BERNAMA

KANGAR 11 April - Kerja-kerja menaik taraf dan membesarkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Padang Besar yang peruntukannya telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) akan dimulakan pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Az­lan Man berkata, langkah ter­se­but selaras dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk mem­buka pintu masuk berkenaan selama 24 jam.

Kata beliau, pihaknya difahamkan bahawa pemilihan kontraktor sedang dilakukan selepas selesai penawaran tender, yang prosesnya akan mengambil masa beberapa bulan.

“Kita jangka penambahbaikan ICQS itu dapat diselesaikan dalam tempoh kira-kira setahun,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Kelima di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas langkah kerajaan untuk membuka secara 24 jam pintu masuk sempadan di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar, Perlis semasa Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-128 di Putrajaya, pada Februari lepas.

Azlan memberitahu, selain da­ripada penambahbaikan fizikal bangunan, tenaga kerja agensi-agensi kerajaan di kawasan tersebut juga perlu ditingkatkan bagi menjamin kawalan keselamatan.

“Kita tidak mahu ia akan memberi kesan kepada kes-kes penyeludupan dan isu keselamatan lain ekoran tambahan masa,” katanya.

Beliau seterusnya yakin, pe­nambahan waktu operasi di ICQS Padang Besar kepada 24 jam berbanding sehingga 10 malam sebelum ini, akan memberi limpahan ekonomi kepada penduduk di situ.

Katanya, ia juga akan meningkatkan aktiviti pelancongan dan sektor perkhidmatan serta merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Padang Besar sebagai sebuah bandar perdaga­ngan sempadan dan hab logistik.

Dalam pada itu, Khaw Hock Kong (BN-Titi Tinggi) ketika mem­bahaskan Rang Undang-un­dang Enakmen Perbekalan Tam­bahan Yang Pertama (2016) meminta, kerajaan negeri segera me­naik taraf kemudahan di Padang Besar.

“Ini termasuklah mewujudkan peluang perniagaan dan hotel-hotel kerana kita tidak mahu limpahan ekonomi ekoran pembukaan 24 jam pintu masuk ini hanya dinikmati oleh Thailand sahaja,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain