Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, kerajaan negeri mahu melihat kembali skop kerja dan juga pelan kewangan yang telah dikemukakan oleh syarikat serta kaedah pelaksanaan projek ini.

Beliau berkata, hasil laporan teknikal oleh Jawatatankuasa Teknikal juga mendapati terdapat risiko yang perlu ditanggung oleh kerjaaan negeri.

“Ianya berhubung dengan tanah yang akan digunakan sebagai cagaran bagi pihak syarikat memperoleh pinjaman kewangan bank agak tinggi,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Sabry Ahmad (BN-Santan).

Beliau berkata demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.

Sehubungan itu, Azlan berkata, kerajaan negeri telah membuat keputusan pada 21 Jun lalu supaya skop dan kaedah pelaksanaan projek serta fasa-fasa pembangunan yang dicadangkan dikaji semula.

Beliau berkata, arahan tersebut dibuat bertujuan untuk mengurangkan kos projek dan me­minimakan risiko-risiko yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan nege­ri