Bagaimanapun calon yang memperolehi  keputusan A dalam semua mata pelajaran
yang diduduki pula menunjukkan penurunan apabila hanya 36 calon mendapat semua A berbanding 59 pada tahun 2016.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma terus mencatatkan keputusan terbaik dengan seramai 23 calonnya memperolehi semua A diikuti SMk Dato’ Sheikh Ahmad (lima); SMK Agama Arau (empat );SMK Tuanku Lailatul Shahreen (dua) dan SMK Agama Perempuan Kangar serta Sekolah Menengah Agama (SMA) Al- Madrasah Al-Alawiyah Ad Diniah masing-masing seorang calon.

Peratusan calon layak mendapat sijil pula meningkat 86.07 peratus berbanding
84.71 peratus pada 2016 iaitu peningkatan sebanyak 1.36 peratus.

Pengarah Pendidikan negeri, Izmi Ismail berkata, secara keseluruhan keputusan SPM di negeri ini menunjukkan peningkatan sejak tempoh lima tahun lalu.

Katanya, berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) pada tahun 2017, sebanyak 23 daripada 43 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 17 mata pelajaran menurun manakala satu mata pelajaran tidak berubah.

Ujar beliau, pihaknya melihat mata pelajaran Sejarah perlu diberikan perhatian serius oleh semua warga pendidikan di negeri ini memandangkan subjek tersebut adalah mata pelajaran wajib lulus termasuk beberapa mata pelajaran lain yang menunjukkan penurunan seperti Matematik Tambahan.

“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam SPM 2017.

“Kepada calon yang kurang berjaya pula, diharap tidak kecewa dan anggap kegagalan tersebut sebagai satu cabaran dan peluang untuk mencipta kejayaan lain pada masa akan datang,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman analisis SPM 2017 peringkat negeri ini di sini hari ini.

Sebanyak 3,527 calon menduduki SPM 2017 di negeri ini melibatkan 43 mata pelajaran keseluruhannya.- UTUSAN ONLINE