Menerusi kempen itu, orang ramai boleh menyumbang dengan membeli beberapa barangan keperluan asas yang disenaraikan sebelum diserahkan ke ‘Rumah Sumbangan’ di hadapan pintu masuk pasar raya tersebut.

Barangan berkenaan adalah beras, mi segera, kordial, minuman bergas, biskut, gula, snek, milo, tepung gandum, susu krimer manis, sardin dalam tin, bihun dan minuman sedia diminum.

Kesemua sumbangan itu kemudian disalurkan kepada pertubuhan sukarela kebajikan negeri ini iaitu Bengkel Bakti Murni Batu Bertangkup (BBMBB) dan Rumah Teduh (RT).

Pengurus GSK, Ali Moddin dan kakitangan telah hadir menyerahkan sumbangan orang ramai itu kepada pengurusan BBMBB dan RT dengan disaksikan oleh Pengarah JKM negeri, Mohammad Hazam Ismail dan pegawainya. - UTUSAN ONLINE