Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan majlis pengumuman rasmi kadar berkenaan yang diadakan di Masjid Al Ghufran, Batu 2, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Menurut Mohd. Nazim, bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras maka pengeluaran ialah sebanyak satu gantang bersamaan 2.6 kilogram setiap seorang.

Katanya, setiap orang Islam yang tinggal di negeri ini adalah wajib mengeluarkan fitrah yang ditetapkan bagi dirinya, anak, isteri dan tanggungan-tanggungannya.

“Mereka hendaklah mengeluarkan fitrah-fitrah itu kepada amil-amil yang dilantik dengan rasminya oleh pihak MAIPs,” katanya.- UTUSAN ONLINE