Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jangan leka dengan gajet – Raja Perlis

Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (belakang, tengah) dan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (b
Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (belakang, tengah) dan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (belakang, kiri) berkenan bergambar kenangan bersama penerima anugerah sempena Anugerah Cemerlang dan Kokurikulum Sekolah Kluster Kecemerlangan 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar, semalam.

KANGAR 13 April - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail me­nitahkan supaya generasi muda tidak terlalu leka dengan penggunaan gajet sehingga meng­-
abaikan hubungan sesama ibu bapa dan guru-guru.

Baginda bertitah, perkembangan teknologi maklumat walaupun banyak membantu mereka dalam pembelajaran masa kini namun penggunaannya haruslah dikawal dan berpada-pada.

“Nilai integriti dan adab dalam mencari ilmu khususnya melalui penggunaan teknologi maklumat juga perlu ditekankan. Antaranya memastikan sumber rujukan yang sahih dan mengelakkan plagiarisme,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Hari Anugerah Cemerlang dan Kokurikulum Sekolah Kluster Kecemerlangan 2017 di Dewan Syed Mahmood, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma di sini, hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP).

Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Pengarah Pendidikan negeri, Izmi Ismail dan Pengetua SMK Derma, Aslina Yob.

Tuanku Syed Sirajuddin seterusnya bertitah, bahawa pelajar yang mempunyai prestasi di peringkat pertengahan harus bijak menarik perhatian guru agar mereka tidak terlepas pandang.

“Ini kerana berbanding pelajar yang bijak atau nakal, mereka lebih mendapat perhatian guru di sekolah,” titah baginda.

Di majlis tersebut, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menyampaikan Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 YTSP kepada Ahmad Zahir Ahmad Zalizan dan Anugerah Tokoh Pelajar kepada Nur Fatin Farhana Mohd Azimuddin.

Baginda turut berkenan menyem­purnakan penyampaian Anugerah Cemerlang kepada seramai empat orang pelajar dan Anugerah Khas kepada sembilan orang pelajar.

Anugerah itu adalah daripada YTSP kepada para pelajar yang mendapat keputusan terbaik dalam kalangan pelajar sekolah harian biasa di negeri ini semasa peperiksaan SPM tahun lalu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain