Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Impian nenek baiki rumah tercapai

Permohonan dilulus menerusi Program Baiki Rumah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah

SEORANG penduduk membantu melakukan kerja menyimen batu-bata rumah Mah Che Aim menerusi PBR. 3
SEORANG penduduk membantu melakukan kerja menyimen batu-bata rumah Mah Che Aim menerusi PBR.

PADANG BESAR 14 Sept. - Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang warga emas apabila impiannya untuk memperbaiki rumah yang sudah uzur itu tercapai juga a­khirnya.

Mah Che Aim, 85, dari Kampung Kolam dekat sini terpaksa bertahan untuk terus tinggal di rumah yang dibina oleh arwah suami sekalipun telah menjangkau lebih 60 tahun.

Sebelum ini, dia telah beberapa kali membuat permohonan untuk memperbaiki rumahnya tetapi gagal.

Bagaimanapun akhirnya, ke­sa­barannya itu terubat apabila Kementerian Luar Bandar dan Wilayah meluluskan permohonannya menerusi Program Baiki Rumah (PBR).

Majlis pelancaran gotong-royong memperbaiki rumah PBR ini dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Khaw Hock Kong.

Gotong-royong itu dilakukan penduduk di Kampung Kolam sambil dibantu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Rela dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sebanyak RM13,000 diperuntukkan bagi perbelanjaan bagi memperbaiki rumah warga emas itu untuk lebih selesa apabila berada di bahagian dapur.

Mah yang bergerak menggunakan kerusi roda berkata, dia juga tidak menjangka sama sekali menerima dua tetamu istimewa pada hari gotong-royong memperbaiki rumahnya itu.

“Saya sangat bersyukur kerana kesudian kedua-dua mereka datang untuk bertanya khabar dan turut serta dalam gotong-royong ini,” katanya yang mempunyai enam anak yang mana dua daripadanya sudah meninggal dunia.

Mah yang tinggal sendirian berkata, anak dan cucu tidak pernah mengabaikannya, sebaliknya datang ke rumah untuk menemankan pada waktu malam.

Sementara itu, Ahmad Jazlan berkata, kementeriannya juga bersetuju memperuntukkan sebanyak RM780,000 menerusi PBR untuk membaik pulih 60 rumah penduduk miskin di Perlis.

Beliau berkata, RISDA diberikan tanggungjawab untuk me­laksanakan program tersebut.

Ahmad Jazlan berkata, setiap permohonan PBR itu akan dikenal pasti dahulu bersama de­ngan pemimpin masyarakat di sesebuah kawasan.

“Kita memberi keutamaan kepada permohonan yang disahkan oleh pemimpin masyarakat yang tahu mana perlu didahulukan,” katanya.

Azlan pula berkata, rakyat perlu menghargai jasa kerajaan yang tidak pernah membiarkan mereka hidup dalam keadaan terbiar.

Beliau berkata, sebolehnya semua keperluan rakyat dipenuhi supaya mampu hidup de­ngan aman dan penuh harmoni.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain