Ketua Polis daerah, Superintenden Nanda Maarof berkata, mangsa ialah pemandu, Nor Suraya Ishak, 28, yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan anaknya, Nor Sazlina Hafis, 4.

"Kedua-duanya meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, terdapat seorang lagi anak Nor Suraya di dalam kereta itu iaitu Nadal Mikail Hafis, 7, yang cedera parah.

Turut cedera parah ialah Rafe'ah Drahman, 60, dari Kampung Permatang Pauh, Simpang Ampat di sini; Nor Hidayat Ishak, 26, Kampung Seri Tanjung, Dengkil, Selangor dan Siti Nor Aishah Abdul Rahman, 22.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, dua termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun terbunuh selepas kereta jenis Proton Gen2 yang dinaiki mereka merempuh sebatang pokok di tepi jalan.

Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kereta itu terbabas lalu melanggar kabel pembahagi di kanan jalan lalu hilang kawalan dan merempuh pokok jati di kiri jalan. - UTUSAN ONLINE