Berikutan itu, sebanyak 18 buah keluarga terpaksa dipindahkan ke dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong (10 keluarga), Panggas (tiga) dan Dewan Orang Ramai Kampung Wang Besar (lima).

Kawasan lain yang turut dinaiki air ialah Kampung Bakau, Batu Bertangkup, Jalan Beseri dan Jalan Santan tetapi tidak serius.

Keadaan hujan berterusan itu juga menyebabkan kesemua pusat-pusat pemindahan banjir diaktifkan serta-merta bagi membolehkan mangsa-mangsa dipindahkan pada bila-bila masa - UTUSAN ONLINE