Sambutan kemudian diteruskan secara kecil-kecilan tetapi meriah di Markas 30 Briged Infantri, Kem Bukit Cowder di Kampung Mata Ayer di sini pada 5 Mac lalu.

Apa yang menarik, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan menghadiri acara tersebut sekali gus merasmikan sambutan tersebut.

majlis tersebut diadakan de­ngan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Majlis bermula pada pukul 5 petang, dengan penyampaian sumbangan zakat kepada asnaf, anggota tentera serta ahli keluarga di surau kem itu.

Tuanku Syed Faizuddin me­nyampaikan sumbangan zakat itu kepada 75 asnaf, 27 orang anggota, ahli keluarga dan veteran tentera berupa wang tunai dan barangan keperluan harian.

Sejurus selepas itu, baginda menyertai Program Kayuhan MAIPs Peduli Ke-18 2018 sejauh 18 kilometer di kawasan sekitar untuk menyampaikan sumbangan kepada empat pesara tentera.

Sebagai simbolik sambutan Hari TD Ke-85, seramai 85 peserta yang terdiri daripada anggota tentera Markas 30 Briged Infantri dan pasukan Tim Tayar Golek (TTG) terlibat dalam program kayuhan itu.

Kemuncak acara diteruskan dengan majlis makan malam di Dewan Wisma Perwira Kayangan di kem itu dengan pelbagai juadah disediakan termasuk kam­bing golek.

Panglima 30 Briged, Briged Jeneral Hashim Aman Shah ber­kata, keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah ke majlis itu menunjukkan bagin­da dekat dengan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Ia sesuatu yang cukup istimewa bagi warga Markas 30 Briged Infantri dan sudah tentu menjadi kenangan buat kami,” katanya.