AHMAD BAKRI

Pengerusi Jawatan­kuasa Pertanian dan Industri Asas Tani ne­geri, Ahmad Bak­ri Ali berkata, harga tersebut walau bagaima­na­pun berbeza bagi ladang persendirian yang ditetapkan me­ngikut permintaan dan penawaran.

“Berdasarkan maklumat di­terima, terdapat Harumanis yang dijual di luar negeri ini antara RM40 sehingga RM45 sekilogram,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Mohd. Shukri Ramli (Pas-Sanglang) yang bertanyakan usa­ha dilakukan kerajaan negeri untuk me­ningkatkan penghasilan Harumanis dan memastikan harganya tidak terlalu mahal.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar negeri, Datuk Mat Rawi Kassim berkata, kerja-kerja penebangan pokok jati di sepanjang tiga jalan utama di negeri ini akan dilakukan dalam bulan ini.

Katanya, kesemuanya melibatkan sebanyak 2,942 batang pokok manakala 353 lagi pokok daripada spesies lain.

“Kawasan yang terlibat ialah di Jalan Guar Jentik, Santan dan Padang Siding. Sebanyak 12 buah syarikat telah menunjukkan minat untuk kerja-kerja peneba­ngan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Asmaiza Ahmad (BN-Chuping) yang bertanyakan langkah kerajaan negeri untuk menebang pokok-pokok jati matang kerana membahayakan keselamatan orang ramai.