Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Generasi muda pelajari hasilkan pitis

Rasai pengalaman cipta mata wang berbentuk logam

SEBAHAGIAN peserta mengikuti Bengkel Membuat Acuan Duit Pitis 6
SEBAHAGIAN peserta mengikuti Bengkel Membuat Acuan Duit Pitis di Muzium Kota Kayang, Kangar.

KANGAR 31 Ogos - Sebut pitis tidak ramai yang tahu bahawa ia adalah sejenis mata wang berbentuk logam yang dikatakan mula digunakan sejak pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Pitis tidak mungkin akan kembali menjadi mata wang pada zaman milenium ini tetapi masih ada kelompok yang menghargainya setelah mengkaji sejarahnya atau sebagai pengumpul.

Jadi tidak hairanlah jika Bengkel Membuat Acuan Duit Pitis anjuran Muzium Kota Kayang baru-baru ini mendapat sambutan yang menggalakkan khususnya generasi muda.

Pengarahnya, Hayati Moha­mad Zawawi berkata, pihaknya langsung tidak menjangka ramai yang berminat sekalipun pertama kali bengkel seperti ini dianjurkan.

“Kita menghadkan ke­­pada 18 orang sahaja dan setiap seorang dikenakan bayaran RM30 untuk bengkel yang mulai pukul 9 pagi hingga 4 petang,” kata­nya di sini.

Beliau berkata, kebanyakan peserta yang rata-rata meminta su­­­paya ada lagi kesinambungan bengkel tersebut kerana ingin mendalami lagi dalam membuat pitis.

Seorang peserta, Amirah Rifhan Ahmad Tajuddin, 29, mengakui minat sejarah pitis yang mendorong dia mendaftar untuk mengikuti bengkel itu.

Siapa sangka seorang pegawai Imigresen di Kangar ini sanggup menghabiskan masa seharian bagi mempelajari dari awal untuk menghasilkan pitis.

“Memang sukar tetapi setelah menjadi pitis membuatkan saya teruja untuk menghasilkan beberapa keping lagi,” katanya yang menjadi ahli Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK).

Bagaimanapun, katanya, pihak Muzium Kota Kayang perlu meneruskan siri bengkel tersebut kerana merasakan asas yang dipelajari itu perlu ditimba de­ngan lebih mendalam.

Cadangannya itu disokong Firdaus Abu Bakar, 32, memandangkan masa untuk bengkel pertama masih terhad.

“Memang saya sudah pandai membentuk pitis tetapi hasilnya masih belum cantik,” katanya.

Firdaus berkata, dia sudah lama membaca perihal pitis dan peluang menyertai bengkel berkenaan digunakan sepenuhnya kerana bukannya mudah untuk mengetahui bagaimana ia mampu dicipta oleh orang zaman dahulu yang terhad dari segi bahan dan juga teknologi.

Sementara itu, tenaga pengajar Bengkel Membuat Acuan Duit Pitis yang juga arkitek Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pulau Pinang, Ahmad Nasyruddin Ismail ber­kata, dia sanggup mengikuti pengajian peringkat Sijil Numismetik (kajian duit lama) di Universiti Malaysia Pahang (UMP) kerana minat terhadap mata wang lama.

Beliau juga Timbalan Presiden Emas Dinar Alor Setar mahu berkongsi pengalaman dan pengetahuannya dalam kalangan pencinta sejarah.

“Menerusi bengkel seperti ini sekurang-kurangnya peserta dapat merasai pengalaman menghasilkan pitis yang digunakan pada zaman dahulu,” katanya.

Ahmad Nasyruddin berkata, ternyata ramai yang berminat terutamanya generasi muda sekaligus dapat melalui pengalaman menghasilkan mata wang lama.

Katanya, lebih membanggakan apabila melihat kesungguhan setiap peserta yang mana masing-masing cuba membuat pitis yang terbaik sekalipun beberapa kali membuat cubaan.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya dengan pendedahan itu menimbulkan kesedaran kepada peserta bahawa proses membuat pitis bukannya mudah sekalipun bahan digunakan tidak ba­nyak.

“Mela­lui bengkel ini, pe­­serta da­­pat me­ra­­sakan kesukaran yang dilalui orang zaman dahulu menghasilkan mata wang dalam serba kekurangan.

“Untuk bengkel ini, peserta perlu melakukan kerja-kerja mengukir di atas batu kawi sebagai acuan sebelum di­tuangkan timah yang di­cairkan bagi menghasilkan pitis,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sekalipun rumit tetapi beliau berpuas hati kerana sekurang-kurangnya de­ngan minat yang ditunjukkan peserta berkenaan membuktikan mata wang lama ini masih menarik perhatian.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain