Produk dingin beku isi sala ini dijual dalam pek seberat dua kilogram berharga RM9 yang boleh didapati di pejabat FAMA di sini.

Selain memperkenal minuman Sala Susu Ice Blended, pengunjung juga mengikuti kelas membuat kek bajet viral menggunakan produk dingin beku isi sala.

Kelas yang dihadiri 50 peserta itu dikendalikan oleh Chef Abe Mid dari WS Bakery House, Su­ngai Petani, Kedah.

Peserta yang ditemui mengakui, idea penggunaan produk dingin beku isi sala sebagai filling kek masih baharu dalam kala­ngan pembuat kek tetapi tidak mustahil ia bakal popular tidak lama lagi.

Nor Shahriza Salleh, 37, dari Kampung Baru Panggas berkata, dengan adanya produk dingin beku oleh FAMA ini, pasti tidak timbul masalah untuk mendapatkan bekalan.

“Saya akan cuba menghasilkan filling pada kek bagi menggantikan penggunaan buah-buahan import sebelum ini,” katanya.

Faizah Mohd. Todzil, 26, pula berkata, dengan isi sala yang sedap dijadikan sebagai filling, pasti bakal menarik perhatian peminat kek di negeri ini dan juga pelancong luar.

Katanya, sudah tiba masa­nya pembuat kek menggunakan produk tempatan bukan sahaja bahannya lebih murah malah menjimatkan perbelanjaan.

Shafinaz Hamid, 27, dari Chu­ping berkata, dengan warna kuning yang menarik dan isinya sedap memang sangat sesuai dijadikan sebagai filling.

“Saya akan perkenalkan kepada pelanggan sekali gus produk keluaran FAMA ini terus mendapat permintaan tinggi,” katanya.