Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs berkenan berangkat bercemar duli menerima cek tersebut daripada pengerusinya, Kamari Zaman Juhari di bangunan Pusat Sunnah MAIPs di sini.

Kamari Zaman diiringi oleh Ketua Pegawai Operasinya, Mohd. Dzarfan Khalid dan Pengurus Cawangan negeri, Mohd. Hasani Ismail.

Yang turut hadir Mufti negeri, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Co-opbank Persatuan mula beroperasi sejak 1950 dengan nama asalnya, The Province Wellesley Cooperative Banking Union Limited.

Negeri ini merupakan yang ke-9 daripada 20 buah cawangan koperasi itu yang terdapat di seluruh negara ini. - UTUSAN ONLINE