Pengurus CEGeoGTech Unimap, Prof. Madya Dr. Mohd. Mustafa Al-Bakri Abdullah berkata, keunikan produk penyelidikan dan inovasi Unimap telah menawan hati juri sehingga memperoleh pingat emas menerusi produk inovasi Dr. Zarina Yahya iaitu ‘Geopolymer Concrete for Underwater Concreting’ dan Dr. Muhammad Mahyiddin Ramli pula dengan ‘Portable Room Temperature Gas Sensor Utilizing rGO’.

Beliau berkata, kedua-dua pro­duk ini juga mendapat pengiktirafan berganda apabila meraih ‘China Special Award’ dan ‘Polish Special Award’ manakala seorang lagi penyelidik CEGeoGTech, Dr. Rafiza Abdul Razak meraih pi­ngat perak menerusi penyelidikan ‘Ste­el Fiber Reinforced Fly Ash Geo­polymer Concrete for Slee­pers Application’,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Secara tidak langsung, kejayaan ini diharap mampu menjadi suntikan semangat buat semua penyelidik muda di Unimap untuk terus menjalankan kajian penyelidikan yang memberikan manfaat dan berdaya saing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Malaysia turut menjadi pe­nganjur bersama IENA 2017 yang disertai lebih 35 buah negara termasuk Jerman, Amerika Syarikat, China, India, Poland, Bosnia, Moldova, Romania, Angola, Indonesia, Korea, Iran, Kuwait, Arab Saudi, Turki, United Kingdom, Iraq dan Taiwan dengan membabitkan lebih 850 produk penyelidikan.

“Secara tidak lang­sung, kejayaan ini diharap mampu men­jadi suntikan semangat buat semua penyelidik muda di Unimap untuk terus menjalankan kajian penyelidikan yang memberikan manfaat dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata, penyertaan IENA 2017 turut membuka peluang buat penyelidik CEGeoGTech Unimap mengembangkan idea penyelidikan untuk bekerjasama dengan penyelidik antarabangsa lainnya selaras dengan program Joint Funding EU - Southeast Asia.

“Malaysia baru-baru ini telah diterima sebagai salah satu negara dalam Joint Funding EU - Southeast Asia bagi tahun 2018 dan ia sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua penyelidik Universiti Awam (UA) dan swasta negara ini,” jelasnya.