Program yang menyasarkan kepada petugas-petugas klinik kerajaan dan swasta secara percuma itu adalah kesinambungan jelajah pengurusan sisa klinikal oleh syarikat itu di seluruh negara.

Program tersebut dirasmikan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis, Azman Shah Ismail.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Perlis, Dr. Sirajudin Hashim; Ketua Jabatan Sisa Klinikal Kumpulan Cenviro, Amirul Bahri Malek dan disertai oleh lebih daripada 250 kakitangan perubatan dari klinik dan hospital kerajaan serta swasta Perlis. - UTUSAN ONLINE