Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, kesemua mereka yang berkelayakan akan dibantu menerusi bank-bank disediakan penganjur program atau bantuan kewangan daripada kerajaan negeri dan Baitulmal, khususnya ketika di awal pengajian.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Induk program berkenaan, Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar kerana turut melibatkan penduduk negeri ini.

“Saya menyifatkan ini sebagai UPU (Unit Pusat Universiti) kedua dan peluang terbaik buat belia di Perlis untuk melanjutkan pengajian mereka, khususnya kepada yang pernah gagal memasuki IPT sebelum ini.

“Nasihat saya, jangan jadikan kegagalan lalu sebagai penghalang kerana mereka yang berjaya di dunia juga pernah gagal,” katanya ketika berucap sempena program berkenaan yang merupakan siri ke-33.

Dalam pada itu, Sahol Hamid memberitahu, beberapa buah bank termasuk Bank Rakyat akan menyediakan bantuan awal pengajian sebanyak RM1,500 kepada mereka yang layak. - UTUSAN ONLINE