Kawasan yang terlibat adalah Kampung Cantik Bangun, Cemumar, Sematang Sedang, Lahar Jambu, Bohor Mentalun dan Semut Gatal.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Jafperi Othman yang mengadakan lawatan ke rumah mangsa hari ini memberitahu, bantuan segera akan disalurkan kepada mereka yang terlibat.

Katanya, ini termasuk membaiki rumah rosak membabitkan bumbung yang diterbangkan angin.

“Saya sudah berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memohon peruntukan segera daripada kerajaan negeri yang dianggarkan RM80,000,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.