Kesemua mereka dipercayai sebelum itu telah menempuh perjalanan selama empat hari dari negara asal sebelum menaiki bot ke negeri ini dan tiba di kampung berkenaan pukul 7 pagi.

Difahamkan, sebelum ditemukan penduduk juga, mereka turut terpaksa meredah lumpur kira-kira satu kilometer.

Berikutan keadaan mereka yang daif termasuk melihat kanak-kanak berusia dua tahun yang menangis kelaparan, para penduduk di situ segera memberikan bantuan makanan dan pakaian.

Penduduk, Nazri Abu Bakar, 44, berkata, dia bersama penduduk yang lain membantu pelarian berkenaan ke tempat selamat.

rohingya
ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang ramai memberi bantuan kepada pelarian Rohingya yang ditemukan penduduk kampung di pesisir pantai Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di Perlis, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ihsan orang ramai

Katanya, berdasarkan temu bual, pelarian berkenaan telah ditinggalkan oleh tekong yang membawa mereka dengan menaiki bot kecil di kawasan terbabit.

“Kami berasa kasihan melihat mereka. Rata-rata penduduk kampung datang membantu pelarian terbabit naik ke tempat selamat melalui laluan selut semasa air laut surut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Katanya, ketika diberi makan, kesemua pelarian tersebut dilihat begitu berselera seolah-olah sudah beberapa hari tidak menjamah makanan.

Dalam pada itu, kesemua mereka dibawa oleh pihak Imigresen kira-kira pukul 10 pagi ini. - UTUSAN ONLINE