Pengarah Penjara negeri, Penolong Kanan Komisioner Mat Johir Asin berkata, antara lain, program tersebut juga diadakan bagimenghargai syarikat swasta terbabit yang menjayakan sistem Parol di negeri ini.

Katanya, selain berbuka puasa, sijil penghargaan turut diberikan kepada sembilan syarikat swasta yang terlibat secara langsung dalam menjayakan sistem tersebut iaitu mereka menjadi majikan kepada para ODP ini.

“Fokus bahagian Parol pada tahun ini adalah untuk memperbanyakan lagi pakatan strategik dengan syarikat-syarikat swasta dalam usaha mempertingkatkan lagi peluang pekerjaan ODP khususnya di negeri ini.

“Ia merupakan perancangan strategik jabatan ini ke arah mewujudkan dua pertiga banduan menjalani hukuman di luar tembok penjara menjelang 2030,” katanya. - UTUSAN ONLINE