Pengarah Pendidikan negeri, Izmi Ismail berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan 40 orang murid berbanding tahun lalu iaitu seramai 3,842 orang murid.

Beliau memberitahu, daripada jumlah itu, 2,007 adalah merupakan murid lelaki manakala murid perempuan seramai 1,875 orang.

Katanya, pelajar tingkatan satu yang melangkah ke sekolah menengah seluruh negeri ini pula adalah seramai 3,699 orang.

“Jumlah itu membabitkan seramai 1,860 orang pelajar lelaki dan 1,839 orang pelajar perempuan di 30 buah sekolah menengah di seluruh negeri ini.

“Kemasukan pelajar tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 107 orang pelajar,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Perlis di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE