Pengarah Pendidikan negeri, Izmi Ismail memberitahu, peperiksaan tersebut melibatkan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK); Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina; SJK Tamil dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

“Sebanyak empat calon menduduki peperiksaan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kerana sakit,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, secara keseluruhan peperiksaan yang berlangsung itu berjalan dengan lancar. - UTUSAN ONLINE