Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, angka tersebut berbeza dengan yang dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pela­buran Malaysia (MIDA) yang mengambil kira pelaburan dalam sektor pembuatan sahaja.

“Ini kerana jumlah pelaburan yang diterima oleh kerajaan negeri bukan hanya dalam sektor pembuatan semata-mata tetapi sektor lain seperti perkhidmatan, hartanah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd. Shukri Ramli (Pas-Sanglang) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Antara pelabur itu ialah TH Properties yang terlibat dalam pembangunan bercampur dengan nilai RM311.4 juta di Kuala Perlis, Safuan Group Holdings Bhd. (RM365.512 juta) di Sena dan HBH Global Energy Sdn. Bhd. (RM46.26 juta) yang menjayakan projek industri solar di Guar Nangka.