Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Kapten Mohd Ruhaizul Md. Isa berkata, sebahagian besar melibatkan kawasan Kuala Perlis iaitu sembilan buah rumah di Rancangan Perumahan Awam (RPA) dan masing-masing dua buah rumah di Kampung Nelayan dan Kampung Tandiap.

Katanya, dua buah lagi rumah rosak berlaku di Titi Tinggi dan sebuah di Utan Aji.

“Kesemua melibatkan 50 ahli keluarga termasuk lima kanak-kanak dan dua bayi," katanya.

Beliau berkata, operasi pembaikan sementara rumah yang terjejas giat dilakukan.

Katanya, mana-mana bumbung rumah yang diterbangkan angin dipasang dengan kanvas untuk sementara waktu.

Beliau berkata, pihak jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memberi bantuan berupa selimut dan barang makanan kepada mangsa terbabit.

Mohd Ruhaizul berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.