Ketua Puterinya, Irmalini Amir Hamzah berkata, meskipun Barisan Nasional (BN) menjadi parti pembangkang, ia tidak menghalang mereka untuk me­laksanakan tanggungjawab kepada masyarakat.

Katanya, menerusi program tersebut, mereka dapat mengenal pasti keadaan masyarakat setempat yang mengalami masalah kesihatan, ekonomi, pendidikan dan sosial.

“Program bagi Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Manjoi dan Hulu kinta ini diadakan kerana kami berasa terpanggil membantu mereka yang terhimpit dengan keadaan ekonomi semasa.

“Selain dapat menjalinkan hubungan lebih akrab bersama penduduk setempat, ia juga memastikan ikatan antara rakyat dan pemimpin terus terjalin biar pun bertukar tampuk kepe­mimpinan,” katanya.

Menurut beliau, pada program kali ini, pihaknya telah pergi ke beberapa buah rumah dan hospital bagi menyampaikan sumbang­an keperluan harian.

Katanya, dalam kunjungan itu, mereka turut memberi sumbangan kepada ibu yang baharu melahirkan bayi, pesakit yang terlantar dan uzur serta orang kurang upaya.

“Bantuan yang diberikan ini diharap dapat membantu me­ringankan beban dan menceria­kan mereka,” katanya.

Beliau memberitahu, program tersebut melibatkan pe­nyertaan ahli-ahli dan bekas Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO di cawangan dan bahagian DUN Manjoi dan Hulu Kinta.