ZAMBRY ABD. KADIR bersalaman dengan Mohammad Shatar Sabran ketika
ZAMBRY ABD. KADIR bersalaman dengan Mohammad Shatar Sabran ketika menerima kunjungan Naib Canselor UPSI di Pejabat Menteri Besar, Ipoh, Perak, kelmarin.

Mohammad Shatar, 50, memulakan tugasnya di UPSI pada 24 Februari lalu menggantikan Datuk Dr. Zakaria Kasa yang bersara wajib.

Beliau yang merupakan anak kelahiran Perak mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bota Kiri dan Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan sebelum melanjutkan pengajian peringkat diploma di University of Bloo­mington, Amerika Syarikat.

Beliau kemudiannya mendapat Ijazah Sarjana dan Master dari Iowa State University dan Ijazah Kedoktoran dari University of Missouri, Columbia di negara sama.

Sebelum berkhidmat sebagai Naib Canselor UPSI, Mohammad Shatar adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selain menjalankan tugas sebagai Naib Canselor, beliau juga merupakan seorang penceramah motivasi dalam bidang pem­belajaran dan kecemerlangan, ke­­pimpinan, keibubapaan dan masalah sosial.