ZAMBRY ABD. KADIR
ZAMBRY ABD. KADIR

Zambry berkata, semasa menjadi Menteri Besar, beliau telah berkali-kali membangkit cadangan supaya kediaman di Jalan Raja Dihilir di sini dipindahkan ke lokasi lain kerana tidak lagi strategik, uzur dan tidak sesuai untuk didiami.

Menurutnya, namun cadangan itu ditolak wakil rakyat Pakatan Harapan malah dijadikan isu politik kononnya ia merupakan pembaziran oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu.

“Kediaman rasmi Menteri Besar adalah satu bentuk institusi kerajaan negeri, sesiapa sahaja jadi Menteri Besar akan duduk di sini namun apabila keadaannya sudah uzur dan tidak strategik, sewajarnya ia dipindahkan ke tempat lain.

“Kita telah bangkitkan berkali-kali tentang itu tapi apa yang berlaku ia 
dituduh sebagai membazir, tapi baguslah zaman ini semuanya dah tak boleh dibantah, semuanya betul,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas istiadat pembukaan Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah di sini hari ini.

Ahmad Faizal pada sesi temubual bersama media Perak minggu lalu, mengumumkan cadangan kerajaan negeri untuk membina kediaman baharu Menteri Besar dan semua 10 exco kerajaan negeri serta kemudahan dewan serbaguna di kawasan seluas 28 hektar di Meru Raya dekat sini. - UTUSAN ONLINE