Dua individu tersebut ialah bekas exco kerajaan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Ketua Penerangan Keadilan Perak, Senator Siti Aishah Shaik Ismail berkata, beliau dimaklumkan bahawa Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun hanya mempertimbang satu jawatan untuk kedua-dua individu tersebut yang akan dibincangkan dalam Majlis Pengerusi Pakatan Harapan Perak.

“Kedua-duanya adalah bekas exco dan mempunyai kemahiran serta kepakaran dalam mengurus tadbir kerajaan negeri, namun kita melihat kepada skop yang lebih besar.

“Pesanan Yang Amat Berhormat, insyaAllah kita akan mengangkat mereka yang perlu pada tempatnya bagi memperlihat tidak berlaku dominasi keluarga dan sebagainya dalam pentadbiran kerajaan. Jadi, kamu boleh teka siapa yang akan kita pilih,” katanya.

Siti Aishah berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat PKR negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE