Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, pihaknya me­nge­san perkara itu selepas mendapati terdapat orang awam yang tertipu kerana melakukan transaksi pembelian dengan pihak tidak bertanggungjawab dan kemudian memohon kelulusan pemberian hak milik ‘tanah usa­ha’ berkenaan untuk dipertimbang oleh kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri memandang serius perkara ini kerana masalah ini berlaku melibatkan tanah-tanah kerajaan negeri hampir di semua kawasan. Tanah-tanah ini dijual ada yang berkeluasan tiga ekar, lima ekar dan 10 ekar dan dijual pada harga RM5,000 dan RM10,000. Malahan, ada tanah dua ekar dijual pada harga serendah RM500.

“Sehubungan itu, kita telah meminta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Pejabat Daerah dan Tanah supaya membuat semakan dan mengambil tindakan seterusnya.

“Kita juga telah mengenal pasti siapa yang terlibat, namun saya kasihankan kepada pembeli (yang tertipu) tetapi proses itu sendiri adalah salah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Bangunan Pe­rak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berlai­nan, mengulas mengenai kejayaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang diiktiraf sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) terbaik di negara ini, Zambry menyifatkan kejayaan itu merupakan suatu pencapaian memberangsangkan.

“Antara kunci kejayaan kita ialah saya selalu memberikan rangsangan positif kepada mereka bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai selain me­nunjukkan contoh teladan untuk bekerja sebagai satu pasukan dalam melakukan sesuatu gerak kerja secara konsisten.

“Selain benteng protokol yang begitu menebal dipecahkan, kita juga menghargai segala usaha mereka dan mengingatkan supaya tidak mudah kecewa dengan sebarang kritikan,” katanya.